<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


6/2/2008
Selamat Pengantin Basi

Hehe.. Me officially taken by Hairil Isham on 3rd May 2008. Taken as a wife la.. ehhe.. alhamdulillah semua lancar. Dan alhamdulillah, nasib aku ingat password blog ni.. Hehe.. kalau idak mmg kene register akaun baru la..

Semua lancar. Bermula pada 3 may 2008, pagi tu start dengan majlis khatam qur'an yang diadakan bukanlah nak khatam pun. Cuma sebagai permulaan majlis je.. sebab next next tu ada event lain(nikah, sanding dsb). Itu la alkisahnya...

Jumaat malam tu pakat ramai2 ngan shikin n sepupu hias bilik. Bajet nak hias guna fresh flower sebab nak bilik berbau wangi.. Romantik la konon. Siap import bunga dari cameron lagi.. huhuh.. sudahnya, bunga terlalu banyak sampai x tau nak hias kat mana lagi. Malam tu masing2 jadi Eric Leong. Hias ikut kepala sendiri. Kalau ikut aku, mmg la cantik kan. Tentu la aku bos malam tu. So design sumer ikut design aku la kan.. muahaha.. tidor dalam pukul 2, esok lepas nikah x amik pun gambar dlm bilik.. adehh.. aku pun lupa.. ciss.. tapi nasib fotographer aku ada snap2 gak gambar bilik sbb dia dah kena ada kat umah aku dari pagi nk shoot gambar khatam qur'an.. TQ izwa for the best service! Sesiapa nak hire fotogrpher bleh la jenguk2 fp dia ni kat SINI.

    Tersangat suka dengan design hantaran yang digubah oleh Cik Pida. Makcik aku ni. memang cantik. Nanti gambar da siap aku kasi korang tgk. Memang cantik gubahan dia buat. (Cantik juga bayarannya.. tp pueh ati). Cerita bab gubahan hantaran ni pun ada jugak. Hairil konon2 nk bid la sapa punya hantaran lagi cantik. Sapa punya hantaran cantik dapat seratus hengget. hahaha.. tanpa ada juri atau hakim yang menghakimi dia terus admit hantaran dari aku mmg cantik. maka aku dapat seratus pada malam pertama perkahwinan aku. muahaha... (antara keseronokan berkahwin!)

    Cerita masa nikah ni pun syok jugak. Aku mintak tolong seorang kawan lama utk shoot video sepanjang majlis nikah. Masa dia sampai rumah, aku tgh mekap. Jadi aku mintak tolong adik aku untuk layan dia. So mmg aku x jumpa dia. Sudahnya sampai rombongan pengantin sampai aku x jumpa dia. Rumah kecik, rombongan ramai aku x nampak dia.. Risau la dia x pdt masuk umah utk amik position nak shoot event bersejarah bagi aku tu. Time tu rasanya jadi pengantin x tau malu sbb mata melilau cari mamat ni. Huhu.. ingatkan xde org sedar rupanya ada jugak org tegur cakap aku x malu.. adeh..

    Untuk majlis tu jugak hairil x prefer guna mic, seram agaknya. Tapi ayah aku suruh jugak haha.. xmo jadi menantu derhaka dia ikutkan jugak. Alhamdulillah, one shot beb! But before tha lafaz diucapkan, ayah aku ada la bagi SEPATAH DUA KATA pada pengantin lelaki. Sebak beb time tu. Tapi pengapit aku shikin masa bawak aku keluar dari bilik dia dah start syahdu. Hahaha. aku pulak kene tenteramkan dia.. haha.. aku start syahdu bila ayah bagi berpatah2 kata tu la.. antara ayat yang aku ingat sampai sekarang dan still syahdu, 'Anda datang ke rumah kami berbaju baru, bergembira sambila bergelak ketawa, dan ketika inilah kami seisi keluarga bersedih hendak melepaskan anak kesayangan kami. Anak yang kami sekolahkan, kami hantar dan jemput semasa bersekolah asrama, sedangkan anda bergembira di atas perpisahan kami. Jagalah anak kami sebagaimana kamu menjaga diri kamu, ajarkanlah dia perkara yang dituntut oleh agama, dan kalau dah x suka hantar balik ke rumah ini sebagaimana kamu mengambilnya dari kami' itu antara ayat2 dia la.. aku taram ingat2 lupa.. harap2 en hairil x pernah lupa ayat2 tu.. memang aku syahdu petang tu.. hampir semua org syahdu. adeh.. ayah pun cakap tersekat2.. bulu mata palsu aku pun hilang sebelah sebab maximum syahdu.. Huhu.. Aku nak cakap kat semua orang AKU SAYANG KELUARGA AKU... huhu.. sapa x sayang family kan? hehehe

Acara sanding suppose to be jadi acara untuk meraikan dan berjumpa kawan2 lama. Tapi sorry beb, aku lambat dtg korang sumer da abis makan. Sorry jugak sapa yang dtg aku x sempat jumpa.. Anyway terima kasih sebab sama2 dtg meraikan hari aku bergelar isteri dan sentiasa support aku masa aku susah dan senang. Kepada yang x hadir, jgn la rasa bersalah walaupun kata2 aku mmg buat korg rasa bersalah sebab x hadir haha.. it's ok. Nothing personal. Doa korang supaya aku terus bahagia pun dah jadi hadiah terbaik buat kami. Doakan juga fasa kehidupan selepas ini akan jadi lebih cerah dan gembira.

Dari ,
Pengantin basi.
 

Posted at 12:20 am by GD--

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry