Makin lama makin huru hara aku tgk. Dalam opis ni pun dah macam2 cerita-ceriti timbul pasal hal peribadi orang. Berdasarkan semua spekulasi tersebut, ya, aku tampil dengan teori baru. Kalau apa-apa jadi dengan kawan aku, aku tahu siapa yang paling bersedih sekali! Sampai kawan aku ni jadi gila dek kerana kehendak dan kemahuan orang lain, sampai dia buat sesuatu yang diluar jangkaan, ya, aku tahu siapa yang paling menyesal! Tapi x tahulah pihak itu mmg mahu perkara ni terjadi kepada kawan aku tu. X byk yg dpt aku bantu sbb beliau sendiri mengambil sikap menyendiri dan membiarkan orang membuat spekulasi mengenai diri dia. Walaupun aku kenal dia hanya setahun lebih, rasanya aku boleh tahu apa kisah disebalik apa yang berlaku sekarang. Hanya seorang sahaja yang boleh dijadikan punca segala ini. Seorang. Deep inside, aku tahu dia cuba menjadi setabah mungkin, aku doakan dia tabah. Dan semoga dipermudahkan segala keputusan dah urusan dia. Ini doa aku sebagai seorang kawan. Mungkin dosa dan pahala bukan tajuk utama cerita ini, tapi aku berharap dia berjumpa apa yg dia inginkan. Dan semoga pilihan yang dia buat pilihan yang paling tepat untuk diri dia dan masa depan dia.
Diluar opis, kes minyak naik harga barang naik dah jadi basi pulak. Sekarang byk cerita baru sehinggakan kalau aku disuruh pergi kemana-mana, aku akan bertanya mengenai perkhidmatan internet. Kalau ada, ok. Kalau xde, alamat aku balik awal la.. Best woo.. dari kes Najib vs Altantuya (Allayarham / Mendiang) , Ezam buat perangai macam Mahathir, kes Anwar meliwat lagi (?). Huru hara Malaysia ku ini. Hahaha.. Tapi syok jugak la.. Berita-berita yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar ni mmg jadi pisang goreng. Laku!
Biar aku baca habis dulu sumer sumber, nnt aku komen!
--------- entry dibawah ni ditulis pada hari yang sama dgn entry diatas------------
Gila ding dong. Syok betul banyak keje tapi xbuat keje ni. Skang ni tgh online ngan bos lagi berdiskusi pasal keje. At the same time gua layan thestar Online. Haha.. tunggu berita Utusan? X payah la.. buang masa. At least thestar punya berita panjang berjela than utusan yang seciput itu. Puas hati den baco.. Hahahahhaa... Mana Rosmah nak lari??? Skang dia nak tengking sultan mano pulok? Hahahahha...
Jiwa kacau? Seronok macam kawen je petang ni! Hahaha