|
|
 |
3/26/2008
 Kad jemputan x edar lagi. Wishlist utk wedding gift aku dah war-warkan kat opis. Haha.. ada pulak opismet nak bagi. Tapi ada syarat2 lain la.. Hahaha.. Macam sengal jek. Selamba tanya org, apa wedding gift dia nak beli utk aku. Kalau xde idea aku siap bg idea, 2 tiket utk menonton PRTM2 yang akan start pada 28 mei 2008 ni. Jadi wishlist ni masih pending lagi. Sebab kawan aku suh aku bayar dulu guna credit card aku, ujung bulan 4 ni nnt dia bayar kat aku harga tiket, aku mintak tiket harga RM80 punya. Dia pulak ada student card, maka boleh la dapt dalam 20% off. haha...
Lalalalalalala.. Anak sapa la muka x malu mintak hadiah kat orang ni..
Posted at 09:43 pm by GD--
GDisme
3/25/2008
Mood Gelenya....
Posted at 01:44 am by GD--
GDisme
3/23/2008
Aku mengharap headline berita pagi ni lebih kurang tajuk di atas. Kalau parti pembangkang yang boikot, biadap. Kalau parti kerajaan yang boikot ? X dgr pulak Nazri or Hishamudin atau Muhammad son of Muhammad nak kecoh2 pasal hak kesultanan Melayu? Hishamudin keris dah x nak cium keris sampai nangis2 lagi pulak depan Agong supaya Pak Deris diangkat jadi MB?
-- Politik lagi... haha
Posted at 07:06 pm by GD--
GDisme
3/20/2008
Brotherhood vs Sisterhood
What you can explain about your sisterhood or brotherhood? The best brotherhood yang aku boleh nampak, SMKAKS '98 dan juga MCKK'99 . The best Sisterhood pulak, SMKAKS '00.
Layan tgk dorg borak ni boleh bikin gua JELES PUNYA.. (baca dgn intonasi ziffy - baeekk punya... kalau boleh tambah elemen tangan musti lagi best!)
Brotherhood SMKAKS '98 boleh dilihat di blog en Aran. Brotherhood MCKK '99 pulak aku tgk di yahoogroup tunang aku, dapat username yahoo ngan password, akaun tu dah mcm akaun aku pulak. Sumer email dia aku yg baca dulu.. Haha.. Sisterhood pulak mmg aku boleh tgk di blog berunsur budak2 di poon's blog, shy's, angah's dan juga nad's yang dah ada di Mesir nun!
Yang selalu buat aku berangan2 nak wujudkan alumni yang cukup kuat seperti MCKK bila selalu expose dgn aktiviti2 dorg... Old Boy Weekend la.. 100th Years Celebration of MCKK la.. Mmg buat aku berangan atas katil.. Bila la sekolah aku ni nak buat camtu.. Hmm.. sbb masing2 mengharap masing2. Aku pulak mmg sgt2 nak bg pertolongan, tapi mcm biasa la.. komitmen tu la.. ini la.. belum lagi alasan2 sabahan tuh.. Haha...
Alasan biasa aku bg, xde transpot. Mcm keji kan? Huhuhu..
Lagi satu, walaupun aku bukan budak koleq, aku pun tumpang bangga en budu (nik nazmi da jd YB skang). Hahaha pun da panggil budu, umpama aku pun salah seorang budak koleq... poyo..
Rasa macam nak nyanyi... alahai.. bila eh?
---
Sedang mendengar lagu PGLTM yang sungguh byk. Sebelum ni ada 5 je, itu je yg ada dalam CD yang aku beli lepas tgk PGLTM. Dengar lagu je dah dpt rasa jiwa teater ni. One of my best moment! Dpt jumpa Dato' Farid Ridzuan! Arrrgghh.. Kenangan itu tidak akan ku lupakan.. Hahahaha.. (Kepada pihak yang berkenaan, sapa suh sombong xmo ikut.. Haha)
Posted at 10:47 pm by GD--
GDisme
3/13/2008
Mr. Lim, You spoil laa....!!
Mr. Lim Lim Kit Siang membuat arahan supaya semua ADUN Perak dari parti DAP memboikot majlis pelantikan MB Perak. Maaf, ini mmg sentimen perkauman Mr. Lim. Negara ini masih Malaysia, Mr Lim. Malaysia masih mempunyai pemerintah tertinggi, Raja dan Sultan. Aku masih lagi berharap pembangkang akan membawa perubahan kepada Perak.
Pemansuhan DEB di Pulau Pinang.
Sangat la suka membaca komen Nazri di Utusan pagi ini. Nazri umpama sudah cekap berkata-kata untuk isu ini. Haha.. DEB sebetulnya adalah satu sistem yang sangat bagus, ini diakui oleh pembangkang juga. Cuma setelah bertahun-tahun dilaksanakan oleh generasi demi generasi, sistem ini sendiri telah banyak disalah gunakan untuk tujuan2 keluarga dan rakan. Ayat glamer, kroni. Mungkin orang-orang yang terlibat dgn tender2 ini dapat melihat situasi ini dengan betul. Mereka mungkin masih merasakan DEB ini membantu mereka. Tetapi mereka terlepas pandang bahawa sistem ini membantu kroni2 ini dahulu, barulah sistem ini berkesan dan sampai kepada mereka.
Projek berjuta-juta ringgit ditender dan diberikan kepada kroni2 terdekat. Kroni2 terdekat mendapat untung bulat dan membuka tender terhadap kroni2 mereka lagi, dan kroni2 ini membuka lagi tender untuk kroni2 sehinggalah sampai kepada kumpulan2 kecil yang menganggap diri mereka adalah golongan yang mendapat hak dan keistimewaan DEB ini.
Projek yang berjuta-juta ringgit itu, bila sampai di kumpulan2 kecil ini, harganya telah menjadi puluhan ribu ringgit Tuan-tuan. Bagaimana projek juta ringgit dapat dilaksanakan dgn modal berpuluh ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit? Dari modal yang sedikit ini projek ini tetap dilaksanakan oleh para pemaju dan perlu mencapai standard projek juta-juta. Ngaaaa... Jika kerosakan berlaku kerajaan perlu mengeluarkan lagi bajet untuk kos membaiki pula.
Itu adalah isu-isu nasional yang perlu dilihat dan diteliti walaupun election da abis. Tentunya pihak-pihak tertentu menuding jari kepada jabatan-jabatan terlibat dan jabatan-jabatan terlibat akan menjawab "Itu bukan salah saya, itu technical error". Rakyat yang membayar cukai supaya projek juta-juta dapat dilaksanakan, (Tuan-tuan, salah satu sumber dana kerajaan - kerajaan adalah satu entiti eksekutif, bukan entiti parti politik, maka kerajaan bukan BN - ialah cukai dari rakyat ) telah mendapat kecelakaan dan kesusahan oleh kerosakan ini. Modal sekali lagi dikeluarkan untuk membaiki pula kerosakan yang berlaku...
Isu DEB ini umpama isu orang Islam juga. Kita biasa mengatakan Islam itu tetap tidak salah, yang salah adalah orang yang salah mengamalkan Islam. Dan, jika perlu perubahan kepada sistem yang lebih telus apa salahnya kita terima sistem baru?
Kesimpulan
Sekian sahaja wacana politik hari ini. Kita masih mengharap perubahan walau kita sudah memilih untuk berubah. Kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri yang di ketuai oleh Pembangkang, Tan Sri Khalid Ibrahim, kami seru pimpinan anda. Adillah anda terhadap kami, yang memilih anda.
Posted at 08:34 pm by GD--
GDisme
3/11/2008
Kudos to all Barisan Rakyat, quote from Raja Petra's article, So remember who put you where you are today. Remember who gave you your job. The rakyat can hire and the rakyat can fire. We, the rakyat, made you and we, the rakyat, can break you. Just remember that and with God as our witness we shall not fail to do that if you fail to do what you promised to do.
Posted at 02:11 am by GD--
GDisme
3/10/2008
Posted at 01:59 am by GD--
GDisme
3/9/2008
Bahang PRU masih lagi terasa. Pagi ini pergi ke pejabat macam biasa. X terasa seperti ada kerajaan baru yang memerintah. Ya, saya rakyat selangor dan menetap di Selangor. Selangor kini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang baru, di bawah pimpinan parti pembangkang. Selangor dalam 4 tahun akan datang akan diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti PKR. Ya, saya mengharapkan perubahan terutama dari segi kadar jenayah yang semakin tinggi di Selangor terutama di kawasan padat seperti Subang dan Klang.
Saya x sanggup lagi berjalan di Subang sambil rasa tidak selamat. Sentiasa berjalan sambil menoleh ke kiri ke kanan pada setiap langkah. Saya tidak mahu lagi apabila saya menaiki bas untuk ke Kuala Selangor, saya perlu memandang setiap penumpang bas dgn penuh syak wasangka yang mereka akan mengapa-apakan saya. Saya mahu bebas berjalan di negeri saya sendiri.
Pada tahun2 akan datang, saya mahu anak2 saya juga bebas bermain di lapangan permainan tanpa ada rasa curiga dan takut. Saya tidak mahu anak2 saya bermain dengan satu perasaan bersama mereka yang diri mereka sedang diperhatikan orang-orang tertentu yang ingin menyakiti mereka.
Saya tidak mahu rasa tidak selamat apabila berjalan pulang ke rumah pada waktu malam selesai waktu kerja. Saya tidak mahu merasa tidak selamat walaupun di tangan saya menggenggam gunting sebagai senjata.
Ini harapan kecil seorang penduduk Selangor. Dengan harapan sekecil ini rakyat ini mengharap satu perubahan untuk dirinya dan keluarganya.
Posted at 06:51 pm by GD--
GDisme
2/27/2008
This is the list of blogs that I love to read, almost everyday. Attention :Ini bukan ranking sapa paling rajin update. Haha 1) Aran's - sbb dia ni slalu update blog. And sbb antara cerita2 dalam blog dia adalah orang yg aku kenal. Mamat ni Senior sekolah menengah aku. Paling syok baca chatter box dia. Lagi rajin update! Haha... 2) Farah's - sama gak. Minah ni rajin update. Sebab tu aku rajin g baca blog dia. Sama macam Aran's blog si pawoh ni selalu cerita pasal orang2 yg aku kenal. So kira bole amik tahu jugak hal orang lain melalui blog dia. haha.. dia ni junior sekolah jugak. Kalau buat rank paling rajin update, minah ni nombor 1. Haha.. sorry angah! 3) Makandeh's - This is a virtual person blog owner. Aku x kenal pun, but selalu buat aku nangis kalau baca blog dia. X tahu kenapa. Suka baca sebab? RAJIN UPDATE. hehe.. dan aku banyak belajar mengenai cara dia menguruskan hidup, even she is a single mother. 4) Shyda's - dulu geng memberontak aku kat sekolah. Minah ni bleh buat geng bercakap pasal politik dan juga mengumpat geng2 ATASAN sekolah. Masuk blog dia boleh buat aku terbahak. Gaya penulisan dan umpatan yang makin meningkat! Syabas! haha.. Mengundi di mana? hehe.. Lupa, dulu pun junior sekolah jugak. 5) Angah's - minah ni suka bercakap. Tapi menulis... M**LAS! Muahaha... (Xde la angah main2 je.) Kalau compare ngan aku, si angah ni rajin SIKIT je dari aku dalam bab update blog. Haha.. Junior sekolah jugak dulu. Satu batch le ngan Farah ngan shyda ni. 6) Nurul Syahida - Ini novel-blog. Tapi sejak dua menjak ni macam nak nangis je baca. Nak bukak pun lambat betol. Apa kes? Haha.. Gilak baca cerita dia. At least dari tangan sebenar penulis. Penulis blog ni si Shyda tu la.. BEST! 7) niknazmi's - pernah rajin ke sini satu masa dulu. Skang da malas. Dah nak pilihanraya ni rajin balik. Haha 8) Pika's - rajin gile masuk blog mamat ni. Juga virtual person yang aku kenal melalui blog. Selalu chat ngan dia dan berborak mengenai pelbagai perkara. Semenjak sumer chat application da kene block ngan opis, macam dah lost contact pule. Pika, apa khabar? 9) Amrah Nahrawi's - ada lagi ke blog minah ni? Ada ke? macam dah xde je.. Kan? Muahaha.. senior sekolah dulu. Satu batch ngan aran. Muahaha.. Kem salam sama si kecik Ain eh? 10) Pnut's - in juga antara blog yang x kukenali penulisnya. Kalau jumpa kenal la kot. Sebab ada byk gamba penulis ni blog dia. Bercerita mengenai hidup, dan keluarga. Sometimes can make me cry jugak. Pompuan beb! Harusla rajin nangis! Nak buat keje. Sat lagi aku sambung lagi!
Posted at 06:57 pm by GD--
GDisme
Jeff Ooi campaign to raise fund for elections dah capai 95% from the target 100K. Jeff Ooi.. Well done!! Menyesal gilaaaaaaaaaa!!!!!!!! Last election aku x rasa mcm ni pun. May be time tu tgh blaja and xde ramai geng nak bercerita pasal politik so perasaan nak mengundi tu mcm ada xde jek. When into kerja pulak, ramai gila la rupanya yg bercerita pasal politik ni..! Even my colleague yang dok asyik ngadap komputer. Rupa2nya.... kan?? How kita directly interact with politics even kita still ignore and said that politics was never listed in our life. Aku yakin, seperti yang dijangka dalam paper, kemudahan menang jeff ooi di jelutong. haha.. Kudos to all BA candidates! Picture worths a thousand words.
Posted at 02:46 am by GD--
GDisme
|