|
|
 |
7/21/2008
Im going to move to another blog provider. Of course it's going to be blogspot. Blogdrive dont have much facilities like blogspot. Limited storage for images and video. So feel free to visit the new me at BLOGSPOT. Walla!!
Posted at 05:52 pm by GD--
GDisme
7/20/2008
Baru selusai memuat turun novel Ayat-ayat Cinta oleh Habiburrahman Saerozi. Yak! Yak! Yak! Makin bertimbun buku yang x abis baca. Hahaha.. Hari tu try Shopaholic by Sophie Kinsella pun x abis baco lagik. Dan banyak lagi yang x abis baca tapi nak beli gak yg baru.. Hohohohho.. Cuma td cari online store yang jual buku ni tapi terjumpa link mendonlod pulak. Donlod je la.. Hehehe.. Go! Go! `Baca buku dulu baru tgk felem la.. Layann.... desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
repeat reff
ketika ku bersujud
Posted at 07:43 pm by GD--
GDisme
7/15/2008
LIVE : DEBAT Hari Ini Jadi Kerajaan Esok Turun Harga Minyak
Baca tajuk debat pun dah nampak nak mempersendakan DSAI. Hampeh. Semalam balik kerja aku g umah Klang dulu. Anta jeruk and pelbagai barang yang takut dah masam kalau aku simpan lebih lama. Borak2 lebih kurang ngan mak ayah., pukul 8 aku gerak balik ke Kuala Selangor. Saje nak bermanja ngan The Hubby suh dia bukakkan pintu pagar. Malas sebenarnya. Dia kata dia tgh tgk Anwar ngan Shabery berdebat, Uihh.... aku pun baru teringat. Kiranya masa aku sampai umah tu debat tu baru start la..
Aku kira DSAI sudah sejelas-jelasnya memberitahu, bahawa apa yang ingin ditimbulkan ialah pengurusan wang dari dana yang telah diperuntukan oleh kerajaan. Shabery pula memberi pandangan bahawa hampir 91% wang keuntungan Petronas sudah diberi kepada kerajaan. 'Apa lagi yang kita nak dari Petronas?' DSAI sudah berulangkali memberitahu bahwa isunya bukan duit petronas, tetapi 'PENGURUSAN DANA'.
Perdebatan ini menjadi lebih riuh rendah dan kelakar apabila wakil Shabery iaitu Nordin Kardi (ala.. yang konon menciplak hasil kajian orang lain tu!) sepatutnya memberi soal balas kepada Shabery tetapi dengan selambanya bertanya soalan2 ntah apa2 kepada DSAI. Kelakar gile! Hahaha.. Nasib Shabery faham situasi pembersihan nama Dr Nordin Kardi tersebut dengan mengkaver kejadian terbabit. haha...
Isu rasuah dan bantuan terhadap kroni nampaknya tidak memberi apa2 kesan terhadap Shabery. Beliau beranggapan isu itu isu lapuk, isu sebelum pilihanraya. Adehh... bagaimana isu besar ini boleh dipandang enteng oleh Pak menteri sebesar Shabery itu? Beliau dengan sinisnya mengatakan isu itu isu sebelum pilihanraya, dan bagi aku isu itu umpama sampah oleh pihak kerajaan yang diwakili oleh Shabery itu. Beberapa fakta2 yang disampaikan oleh Anwar tidak langsung diberi perhatian serius oleh Shabery. Nampaknya Ezam bolehlah bubarkan GERAK yang konon2 nak membanteras rasuah. Errr.... Kenapa bukan Ezam jadi wakil pihak Kerajaan eh?
Lagi satu, setiap patah perkataan dan hujah balas Shabery banyak berkisar kepada serangan peribadi Anwar. Serisouly. Tiada tindakan pihak penganjur untuk menghentikan debat ini. Bagaimana itu? Isu 1974, Baling dan IMF serta beberapa lagi isu2 yang tiada kaitan dengan harga minyak ini dibebelkan oleh si Shabery ini. Keputusan? At least apa yang didebatkan dapat didengar dengan jelas oleh seluruh rakyat dan buat penilaian sewajarnya atas apa yang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak. As for me, aku sokong siapa yang aku patut sokong.
Posted at 08:18 pm by GD--
GDisme
Kuala Selangor - Batu Feringgi - Bukit Merah - Kuala Selangor
Akhirnya..... dapat jugak ber'honeymoon'. Rancangan untuk bercuti ni dah lama dah. Cuma sering berubah dengan jadual kerja dan jugak masalah2 lain yang aku pun x tahu apa. Dari nak ke Medan, Bali, Langkawi, Karambunai, Tioman, Redang, Cameron.. dan segala tempat percutian la kiranya. Tapi xde further action to that plan. Hahaha.. Dan akhirnya lebih kurang a month ago, kitrg terus decide which place yang kitrg interested to go, to have a very pleasure moment between us. (Pergghh...) G Penang dan tempat dituju ialah Batu Feringghi. Masa nak pilih hotel ni The Hubby x nak tempat lain selain Batu Feringgi. Adehh.. xpelah. Last2 kitrg pilih Lone Pine sebagai tempat lepak. Bangunan hotel ni design mcm kolonial sikit. Which attracts me a lot! Tapi bila dah tgk live biasa je sebenarnya.. Hehe.. X kisahla. Kitrg x dpat nak review byk pasal Bukit Merah sbb x ramai org yg comment on how this place are. mmg kitrg tahu bukit merah ni tempat rekreasi keluarga terutamanya taman tema air dia. Bila kitrg surf the net x byk comment dari visitor pasal aktiviti kat sini. Dan bila tgk laman web dia mcm byk aktiviti yang boleh dilakukan. Dari Sunset Cruise ke Hoot Adventure sampai la ke Taman Tema Air dia. So sbb konon2 byk aktiviti boleh dibuat, kitrg terus booking bilik.
Aku amik cuti dari khamis lepas sampai isnin. We spend a night at Batu Feringgi. Sampai kat penang dalam pukul 2ptg. Siap2 terus g jenjalan kat pantai and cari tempat makan sbb x makan tghri lagi. Since hari khamis so org pun x ramai kat pantai. Byk le aktiviti yang ada, aktiviti pantai le.. Main jetskit, paraschutte, apa ntah lagi.. Tapi kitrg x main sumer pun. 2 je. Sbb dah kelaparan. Paling best Batu Feringgi ni ialah pasar malam dia. Hohoho... Meriah! Dapat le jugak naik trishaw. Hehehe... trishaw ni boleh buat bunyi ambulans dan hon lori gamaknya. Masa aku tgh berjalan aku terus ketepi bila dgr bunyi ni. rupanya trishaw ni punya bunyi. Meriah! Bila g pasar batu feringgi ni x best la kalau x borong DVD, manyak giles... hehehe... aku pulak xde intention dan x tahu pasal aktiviti borong DVD ni. So xde plan la nak beli DVD apa.. huhuhu... Tapi sambar jugakle citer Full House. Even citer ni citer lapuk dan dikutuk2 oleh The Hubby kerana beli DVD ni tapi aku x kira! Nak beli jugak!
Lepas borong2 segala baru cari port makan. Tempat makan dia lebih kurang macam food court. Mula2 ingat nak makan makanan untuk alas perut je sbb malam tu nak pegi Padang Kota. Tapi sbb kelaparan, (time tu dah pukul 5 kot..) order jugak la nasi. Huhu.. orang jawa la katakan... Lepas makan jalan2 lagi kat pasar tu cari barang2 utnuk dibawa pulang.
Agak2 dah penat, kitrg patah balik hotel.. Sembahyang sumer, dalam pukul 830 kitrg gerak g padang kota.. Tu diaaaaaa..... dorg ketuk aku 15ringgit untuk Pasembo'. Adeh... Melalutla.. tapi taram jugak la sampai abis. Lima belas ringgit tu. Xkan nak buang kot? Makan le sampai lebam. The Hubby amik sotong kangkung. Sedap gak. Tapi aku prepare ubat la.. Hahahah.... So malam tu balik dari Padang Kota kitrg pegi lagi pasar lagi. Adehh.. lenguh kaki den!
Esoknya, rancangan kitrg penuh dengan pengisian perut. Lepas breakfast je terus gerak ke seberang perai jumpa kawan aku. Salihah (M Nasir dapat idea lagu Aduh Saliha tu dari budak ni la! Haha). Plan asal nak g umah dia sebelum pg penang. Last2 tu tukar plan.. Heeheh.. Dia bawak kitrg pegi kedai untuk beli jeruk murah. Taram la jeruk berpelastik2 untuk dibawa pulang ke rumah bonda dan ayahanda... Jumpa Sol (Salihah) ni pun aku nak bagi gambar konvo dia. Since lepas abis blaja dia terus balik kg, dia x sempat la nak amik gambar ni. Baik nya daku ini.. Hahaha.. Kitrg ingat lunch kat umah dia, dia yg masak, ciss.. rupanya beli kat kedai je. Hampeh betul!!... Mak Sol ni dah x sihat so mak dia x masak la.. Aku mmg ingat dia yg masak. Cais sunggoh! Patut la dia kata tangan dia bau kari rupanya dia dah bedal dulukari tu sebelum kitrg dtg, mmg la tgn dia bau kari!
Hahaha... Lepas borak2 lepak2 sambil kait buah rambutan kat rumah sol, kitrg gerak ke Kulim. Kali ni ke rumah kawan The Hubby pulak. Kawan dia ni baru dapat baby. Ada la dalam 2-3 bulan baby tu. Saje la dtg melawat. Makn pulak kuay teow goreng wife dia masak. Perrghh.. perutku dah x boleh menanggung lagi beban itu.. adehh... Lepak2 gelak2 mcm orang gila sbb dah lama x jumpa akhirnya kitrg pun gerak la ke bukit merah. Masa mula2 nak cari Palm View, 'hotel' kitrg, mcm dah agak2 pelik jugak. Sampai je kat deretan rumah kedai tu kitrg pandang sesama sendiri. Mcm terkujat dgn environment rumah kedai Palm View terbabit. Adehh... The Hubby dah start x puas hati dgn environment tersebut. hahaha.. dah la byk plan kitrg masa kat bukit merah. Sbb tu amik 2 hari kat sana.. aduhh.. dah gini rupanya pulak.. Tapi dalam bilik ok je sebenarnya. Cuma terpkir 'Pasar Mini Hong Swee Ming' dan 'Restoran D'Pah' tu buat kitrg mcm sengal2 kepala.. Haha...
Masuk je bilik The Hubby dah berguling2 atas katil tanda protes x puas hati. Haha.. Dia dah keluarkan arahan suh kemas barang balik nak g tido kat Kampung Air which is cost about 500-600/night. haha.. Hotel yg kitrg duduk tu dlm internet tulis RM130. Tapi bila aku call untuk buat booking dia kata RM75 jek. Hehe.. bila dah tgk suasana sumer kitrg bajet yang hotel tu hotel bajet la.. huhu.. x kira la.. asalkan ada tempat berteduh dari hujan dan panas. Haha.. Kiranya arahan suh kemas nak g Kampung Air tu cuma tanda protes semata2 la.. idakle nak burn RM250 yng telah dibayar itu! Hahaha...
Lepas kemas2 dan mendengar bebelan x-puas-hati-rasa-kene-tipu-ngan-bukit-merah-website kirtg kuar la cari tempat makan sumer kat Bukit Merah Theme Park tu. Jalan2 tgk2 yang konon2 ada spa sumer.. Hampessssssss.. Sumer xdak. Huhuhuhu....
Macam nak sambung kejap lagi je cerita ni. Ada hal sikit..
Posted at 12:13 am by GD--
GDisme
7/3/2008
Makin lama makin huru hara aku tgk. Dalam opis ni pun dah macam2 cerita-ceriti timbul pasal hal peribadi orang. Berdasarkan semua spekulasi tersebut, ya, aku tampil dengan teori baru. Kalau apa-apa jadi dengan kawan aku, aku tahu siapa yang paling bersedih sekali! Sampai kawan aku ni jadi gila dek kerana kehendak dan kemahuan orang lain, sampai dia buat sesuatu yang diluar jangkaan, ya, aku tahu siapa yang paling menyesal! Tapi x tahulah pihak itu mmg mahu perkara ni terjadi kepada kawan aku tu. X byk yg dpt aku bantu sbb beliau sendiri mengambil sikap menyendiri dan membiarkan orang membuat spekulasi mengenai diri dia. Walaupun aku kenal dia hanya setahun lebih, rasanya aku boleh tahu apa kisah disebalik apa yang berlaku sekarang. Hanya seorang sahaja yang boleh dijadikan punca segala ini. Seorang. Deep inside, aku tahu dia cuba menjadi setabah mungkin, aku doakan dia tabah. Dan semoga dipermudahkan segala keputusan dah urusan dia. Ini doa aku sebagai seorang kawan. Mungkin dosa dan pahala bukan tajuk utama cerita ini, tapi aku berharap dia berjumpa apa yg dia inginkan. Dan semoga pilihan yang dia buat pilihan yang paling tepat untuk diri dia dan masa depan dia.
Diluar opis, kes minyak naik harga barang naik dah jadi basi pulak. Sekarang byk cerita baru sehinggakan kalau aku disuruh pergi kemana-mana, aku akan bertanya mengenai perkhidmatan internet. Kalau ada, ok. Kalau xde, alamat aku balik awal la.. Best woo.. dari kes Najib vs Altantuya (Allayarham / Mendiang) , Ezam buat perangai macam Mahathir, kes Anwar meliwat lagi (?). Huru hara Malaysia ku ini. Hahaha.. Tapi syok jugak la.. Berita-berita yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar ni mmg jadi pisang goreng. Laku!
Biar aku baca habis dulu sumer sumber, nnt aku komen!
--------- entry dibawah ni ditulis pada hari yang sama dgn entry diatas------------
Gila ding dong. Syok betul banyak keje tapi xbuat keje ni. Skang ni tgh online ngan bos lagi berdiskusi pasal keje. At the same time gua layan thestar Online. Haha.. tunggu berita Utusan? X payah la.. buang masa. At least thestar punya berita panjang berjela than utusan yang seciput itu. Puas hati den baco.. Hahahahhaa... Mana Rosmah nak lari??? Skang dia nak tengking sultan mano pulok? Hahahahha... Jiwa kacau? Seronok macam kawen je petang ni! Hahaha
Posted at 11:39 pm by GD--
GDisme
6/3/2008
 Tadaaaaa... Last season menonton bersama rakan, this season menonton bersama suami. Kalau ada sesiapa yang tgk teater ni mlm td dan terlihat adegan nak termuntah sepasang kekasih, itu mungkin aku. Huhuhu.. Sorry la.. mmg x sengaja nak berkelakuan sedemikian. Hahaha.. Tapi rasanya x lah meloya sangat mlm td. Cuma risau ada org termuntah la.. adehh...
Perbezaan musim ini dah musim lalu? A major different ialah character P Ramlee itu sendiri. Lain2 sama je.. Dan menyedihkan, ada lebih kurang 3 masalah teknikal berlaku. Dengan kehadiran Sultan Sirahuddin sebagai penonton terhormat, ia agak mencalarkan perjalanan persembahan ini. Dengan mic P Ramlee tidak berfungsi semasa adegan membuat persembahan nyanyian di Penang, kemudian terdapat 'noise' dari artis belakang pentas semasa waktu rehat, kelambatan membuka tirai sebanyak 2 kali, well.. berdasarkan faktor ini, saya memilih season 1 sebagai yang terbaik diantara keduanya. sebab everything was just nice and well run.
Teruk pun xdelah sampai aku nak bg 2 bintang. At least aku bg still 7 bintang utk musim kedua. Musim pertama aku bagi 8. PGL aku bagi 10.99 bintang out of 10. hehe... Both PRTM ni xleh celen PGL. Itu je. Hehe...
But still entertaining. Cuma technical problem tu pun unexpected event. Bila2 pun boleh jadi jugak. So it's forgiven.
Semua skali, BEST sebab dapat tengok ngan Hairil heheh...
Posted at 08:19 pm by GD--
GDisme
6/2/2008
Posted at 08:15 pm by GD--
GDisme
Hehe.. Me officially taken by Hairil Isham on 3rd May 2008. Taken as a wife la.. ehhe.. alhamdulillah semua lancar. Dan alhamdulillah, nasib aku ingat password blog ni.. Hehe.. kalau idak mmg kene register akaun baru la.. Semua lancar. Bermula pada 3 may 2008, pagi tu start dengan majlis khatam qur'an yang diadakan bukanlah nak khatam pun. Cuma sebagai permulaan majlis je.. sebab next next tu ada event lain(nikah, sanding dsb). Itu la alkisahnya... Jumaat malam tu pakat ramai2 ngan shikin n sepupu hias bilik. Bajet nak hias guna fresh flower sebab nak bilik berbau wangi.. Romantik la konon. Siap import bunga dari cameron lagi.. huhuh.. sudahnya, bunga terlalu banyak sampai x tau nak hias kat mana lagi. Malam tu masing2 jadi Eric Leong. Hias ikut kepala sendiri. Kalau ikut aku, mmg la cantik kan. Tentu la aku bos malam tu. So design sumer ikut design aku la kan.. muahaha.. tidor dalam pukul 2, esok lepas nikah x amik pun gambar dlm bilik.. adehh.. aku pun lupa.. ciss.. tapi nasib fotographer aku ada snap2 gak gambar bilik sbb dia dah kena ada kat umah aku dari pagi nk shoot gambar khatam qur'an.. TQ izwa for the best service! Sesiapa nak hire fotogrpher bleh la jenguk2 fp dia ni kat SINI. Tersangat suka dengan design hantaran yang digubah oleh Cik Pida. Makcik aku ni. memang cantik. Nanti gambar da siap aku kasi korang tgk. Memang cantik gubahan dia buat. (Cantik juga bayarannya.. tp pueh ati). Cerita bab gubahan hantaran ni pun ada jugak. Hairil konon2 nk bid la sapa punya hantaran lagi cantik. Sapa punya hantaran cantik dapat seratus hengget. hahaha.. tanpa ada juri atau hakim yang menghakimi dia terus admit hantaran dari aku mmg cantik. maka aku dapat seratus pada malam pertama perkahwinan aku. muahaha... (antara keseronokan berkahwin!) Cerita masa nikah ni pun syok jugak. Aku mintak tolong seorang kawan lama utk shoot video sepanjang majlis nikah. Masa dia sampai rumah, aku tgh mekap. Jadi aku mintak tolong adik aku untuk layan dia. So mmg aku x jumpa dia. Sudahnya sampai rombongan pengantin sampai aku x jumpa dia. Rumah kecik, rombongan ramai aku x nampak dia.. Risau la dia x pdt masuk umah utk amik position nak shoot event bersejarah bagi aku tu. Time tu rasanya jadi pengantin x tau malu sbb mata melilau cari mamat ni. Huhu.. ingatkan xde org sedar rupanya ada jugak org tegur cakap aku x malu.. adeh.. Untuk majlis tu jugak hairil x prefer guna mic, seram agaknya. Tapi ayah aku suruh jugak haha.. xmo jadi menantu derhaka dia ikutkan jugak. Alhamdulillah, one shot beb! But before tha lafaz diucapkan, ayah aku ada la bagi SEPATAH DUA KATA pada pengantin lelaki. Sebak beb time tu. Tapi pengapit aku shikin masa bawak aku keluar dari bilik dia dah start syahdu. Hahaha. aku pulak kene tenteramkan dia.. haha.. aku start syahdu bila ayah bagi berpatah2 kata tu la.. antara ayat yang aku ingat sampai sekarang dan still syahdu, 'Anda datang ke rumah kami berbaju baru, bergembira sambila bergelak ketawa, dan ketika inilah kami seisi keluarga bersedih hendak melepaskan anak kesayangan kami. Anak yang kami sekolahkan, kami hantar dan jemput semasa bersekolah asrama, sedangkan anda bergembira di atas perpisahan kami. Jagalah anak kami sebagaimana kamu menjaga diri kamu, ajarkanlah dia perkara yang dituntut oleh agama, dan kalau dah x suka hantar balik ke rumah ini sebagaimana kamu mengambilnya dari kami' itu antara ayat2 dia la.. aku taram ingat2 lupa.. harap2 en hairil x pernah lupa ayat2 tu.. memang aku syahdu petang tu.. hampir semua org syahdu. adeh.. ayah pun cakap tersekat2.. bulu mata palsu aku pun hilang sebelah sebab maximum syahdu.. Huhu.. Aku nak cakap kat semua orang AKU SAYANG KELUARGA AKU... huhu.. sapa x sayang family kan? hehehe
Acara sanding suppose to be jadi acara untuk meraikan dan berjumpa kawan2 lama. Tapi sorry beb, aku lambat dtg korang sumer da abis makan. Sorry jugak sapa yang dtg aku x sempat jumpa.. Anyway terima kasih sebab sama2 dtg meraikan hari aku bergelar isteri dan sentiasa support aku masa aku susah dan senang. Kepada yang x hadir, jgn la rasa bersalah walaupun kata2 aku mmg buat korg rasa bersalah sebab x hadir haha.. it's ok. Nothing personal. Doa korang supaya aku terus bahagia pun dah jadi hadiah terbaik buat kami. Doakan juga fasa kehidupan selepas ini akan jadi lebih cerah dan gembira.
Dari , Pengantin basi.
Posted at 12:20 am by GD--
GDisme
4/20/2008
Terima Kasih, 'Korek, korek, korek'!
Mr Linggam,
Di atas jasa anda, satu suruhanjaya pelantikan hakim telah ditubuhkan. Walaupun kerajaan masih tidak mahu meminta maaf atas kesilapan kerajaan terdahulu memecat beberapa orang Hakim Mahkamah Tinggi malaysia 20 tahun dahulu, tetapi apa yang telah berlaku sekarang, tidak lain dan tidak bukan, jasa anda kepada negara. Jika tidak kerana anda 'suara macam suara saya, muka macam muka saya, tapi mungkin bukan saya' , mesti badan kehakiman negara masih lagi bernanah.
Lagi sekali, terima kasih VK Linggam!
Owwhh.. Sorry Loh Gwo Burne. Terima kasih kepada anda. Tapi kalau anda main henpon tu tapi Linggam x cakap pape, anda pun tidak berjasa pada perubahan sistem kehakiman negara. Hidup 'Korek, korek, korek'!!! Hahahahaha..
Kahwin
Apa perasaan anda menjelang hari perkahwinan anda? PAIN. Ini perasaan saya. Dan ini yang saya rasakan. Gigi sakit, tekak sakit, pening kepala. Dan ini bukan disebabkan urusan perkahwinan. Ini adalah impak dari kerja. Hoh! macam aku sorang je yang kerja kat dunia ni! Haha.. Dem..
Posted at 07:01 pm by GD--
GDisme
4/18/2008
Salam All, Sejak dua tiga empat lima menjak ni, aku agak busy. So memang xde kelapangan untuk update blog. Macam2 hal!! Adeh... Aku cuba berdepan secara positif. Insya ALlah ok. But still got problem. Ada satu presentation ngan client dalam 20 april ni. Tapi still x confirm lagi. Mungkin 20 April ke atas. Aku cuma risau aku x dapat nak habiskan tugas sebelum bercuti. Itu je. Dan lebih kesian, kawan aku terpaksa jadi bidan terjun untuk hal ni. Kesian jugak dgn dia sbb dia dah hold another project. Tapi aku cuma bgth dia je, dgn harapan supaya dia boleh backup aku kalau pada hari dijanjikan tu aku sudah bercuti. Tapi, bila aku nak start cuti eh? Tgh fikir2 lagi. Minggu depan dah kenduri sanding Abang aku kat belah perempuan (kakak ipar aku la..). Entah la.. Serabut pulak rasanya... Apapun aku harap kerja aku setel sebelum aku bercuti panjang ni. Dan sekarang pun nak kata dah setel sgt, belum setel lagi sbb x semua application yang aku buat tu dah ok. Even tgk dari luaran semua dah complete. Aku x go through satu2 modul tu lagi. Tiba2 pulak masa hari present ada pulak problem, kesian pulak kat kawan aku tu. Dah 2 minggu kat tempat client siapkan apa yang patut. Hari ni ngan semalam balik HQ jugak sbb x tau bila la nak distribute invitation card kat budak opis. So isnin kembali ke Bukit Beraman itu. Huhu.. Sebab nak nampak perfect masa hari presentation tu, bos aku suruh plak kitorg force user untuk masukkan data yang tepat. Adeh.. x semena2 pulak data entry pun nak kena pantau. Application pun x abis test lagi. Macam tuuutt.. pulak rasanya.. Balik opis semalam, berderet email. Modul tu ada problem lah, itu lah ini lah.. Aku pun mereka cipta email untuk semua staff semalam supaya bg aku detail masalah dorg. Jgn simply cakap, 'claim saya x ada error laa.. tolong tengok..', 'Movement saya mcm ada problem je.. Tolong betulkan bole?'... Jangan harap aku nak tengok! Then, aku suh dorg print screen apa problem yang dorg nampak kat page dorg. At least aku senang sikit nak trace. Aku x salahkan dorg pun tentang apa term yang dorg nak guna, tapi aku ni sbb SLOW sikit. kadang tu nak trace root cause tu pun amik masa setengah hari. X kerja benda lain la... Lepas anta email berbaur kemarahan itu. sorg 'kelik' reply, 'Macam dah sipi-sipi nak gile je aku tgk ko ni'.. Hilang marah aku.. haha.. adess.. Anyway, aku akan jadi isteri orang dalam masa lebih kurang 2 minggu dari tarikh ini. Untuk semua kenalan, di jemput hadir ke walimah aku pada 4 mei 2008. Sesiapa yang x sempat nak hadir di tempat aku boleh jugak hadir di tempat lelaki pada 11 mei 2008. Detail walimah dan jemputan boleh tengok kat sini --> http://nurulmajdi.blogspot.comYeay! Im Getting Married!! (Best ke kawen??)
Posted at 12:45 am by GD--
GDisme
|