Entry: LIVE : DEBAT Hari Ini Jadi Kerajaan Esok Turun Harga Minyak 7/15/2008



    Baca tajuk debat pun dah nampak nak mempersendakan DSAI. Hampeh. Semalam balik kerja aku g umah Klang dulu. Anta jeruk and pelbagai barang yang takut dah masam kalau aku simpan lebih lama. Borak2 lebih kurang ngan mak ayah., pukul 8 aku gerak balik ke Kuala Selangor. Saje nak bermanja ngan The Hubby suh dia bukakkan pintu pagar. Malas sebenarnya. Dia kata dia tgh tgk Anwar ngan Shabery berdebat, Uihh.... aku pun baru teringat. Kiranya masa aku sampai umah tu debat tu baru start la..

    Aku kira DSAI sudah sejelas-jelasnya memberitahu, bahawa apa yang ingin ditimbulkan ialah pengurusan wang dari dana yang telah diperuntukan oleh kerajaan. Shabery pula memberi pandangan bahawa hampir 91% wang keuntungan Petronas sudah diberi kepada kerajaan. 'Apa lagi yang kita nak dari Petronas?' DSAI sudah berulangkali memberitahu bahwa isunya bukan duit petronas, tetapi 'PENGURUSAN DANA'.

    Perdebatan ini menjadi lebih riuh rendah dan kelakar apabila wakil Shabery iaitu Nordin Kardi (ala.. yang konon menciplak hasil kajian orang lain tu!) sepatutnya memberi soal balas kepada Shabery tetapi dengan selambanya bertanya soalan2 ntah apa2 kepada DSAI. Kelakar gile! Hahaha.. Nasib Shabery faham situasi pembersihan nama Dr Nordin Kardi tersebut dengan mengkaver kejadian terbabit. haha...

    Isu rasuah dan bantuan terhadap kroni nampaknya tidak memberi apa2 kesan terhadap Shabery. Beliau beranggapan isu itu isu lapuk, isu sebelum pilihanraya. Adehh... bagaimana isu besar ini boleh dipandang enteng oleh Pak menteri sebesar Shabery itu? Beliau dengan sinisnya mengatakan isu itu isu sebelum pilihanraya, dan bagi aku isu itu umpama sampah oleh pihak kerajaan yang diwakili oleh Shabery itu. Beberapa fakta2 yang disampaikan oleh Anwar tidak langsung diberi perhatian serius oleh Shabery. Nampaknya Ezam bolehlah bubarkan GERAK yang konon2 nak membanteras rasuah. Errr.... Kenapa bukan Ezam jadi wakil pihak Kerajaan eh?

    Lagi satu, setiap patah perkataan dan hujah balas Shabery banyak berkisar kepada serangan peribadi Anwar. Serisouly. Tiada tindakan pihak penganjur untuk menghentikan debat ini. Bagaimana itu? Isu 1974, Baling dan IMF serta beberapa lagi isu2 yang tiada kaitan dengan harga minyak ini dibebelkan oleh si Shabery ini. Keputusan? At least apa yang didebatkan dapat didengar dengan jelas oleh seluruh rakyat dan buat penilaian sewajarnya atas apa yang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak. As for me, aku sokong siapa yang aku patut sokong.

   

   3 comments

i.am.iracle
August 5, 2008   08:04 PM PDT
 
huhuh.. bebuih mulut si shabery tu. nampak sangat Allah nak tunjukkan kebenaran kepada kita. Semua orang ARM-NO masih ingat diorg dah berjaya kalahkan Anwar aritu, EGO!!! Dalam hati,sapa yang tau kan? Bodo btui, minyak naik sape yang suke, melainkan puak suku sakat pokbedolah jer. Ekonomi makin jatuh, tapi xreti-reti nak blah
GD
July 16, 2008   08:10 PM PDT
 
entah le aku.. ini bukan soal brape duit yg diberi oleh petronas. Tapi pengurusan duit yang TELAH DIBERI oleh petronas. Itu je pucuk pangkalnya.. ntah apa2 la yg dia ckp malam tu..
aku
July 16, 2008   08:05 PM PDT
 
hahahahhahaha....aku sokong tu.....entah2 apa2 yg dibahaskan oleh shabery tu.....apa yg ditanya, dijwb pesong oleh shabery.....x pndi betui nak berbahas semula.......asyik perli je.....x pro langsung.......mcm DSAI relaks je membahas apa yg perlu utk rakyat....asyik2 hentam syarikat minyak lain....apa kejadah nyer.....isu yg didebatkan pasal minyak bukan jenama minyak yg digunakan......agaknyer klu semua rakyat malaysia guna PETRONAS, leh turun ke harga minyak ni eh......

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments